Memuatkan…
Memuatkan…
Bandingkan faraid, hibah, wasiat, wakaf, amanah, harta sepencarian, sedekah jariah dan takaful — mengikut hukum, masa kuat kuasa, had, penerima, kawalan dan situasi sesuai. Pilihan terbaik bergantung kepada matlamat anda.
Lompat ke detail
| Ciri | Faraid | Hibah | Wasiat | Wakaf | Amanah | Harta Sepencarian | Sedekah Jariah | Takaful |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Hukum | Wajib — pembahagian mengikut nas Al-Quran | Sunat — sangat digalakkan | Sunat / wajib bagi yg ada hutang / amanah | Sunat — sedekah jariah berterusan | Harus — diiktiraf syarak & sivil | Diiktiraf — hak isteri/suami atas sumbangan | Sunat — sangat dituntut Islam | Harus — alternatif syariah kpd insurans |
| Bila berkuat kuasa | Selepas kematian — setelah jenazah, hutang, wasiat selesai | Sebaik qabadh / pindah milik berlaku semasa hidup | Selepas kematian pewasiat | Sebaik ikrar wakaf disahkan MAIN — kekal selamanya | Semasa hidup (living trust) atau selepas mati (testamentari) | Bila perkahwinan tamat — kematian, cerai atau tuntutan | Sebaik harta diserah — pahala mengalir selagi manfaat berterusan | Kepada penama selepas kematian tertanggung |
| Had / batasan | Bahagian tetap mengikut hubungan waris (Al-Nisaʼ) | Tiada had jika sah qabadh semasa hidup | Maksimum ⅓ harta bersih kepada bukan waris | Tiada had — bermula dari RM1 (wakaf tunai) | Tiada had ⅓ bagi amanah hidup; tertakluk hak pemiutang | Bergantung kepada sumbangan & budi bicara mahkamah | Tiada had — konsistensi lebih utama daripada jumlah | Mengikut nilai manfaat polisi & jumlah caruman |
| Penerima | Waris syarie (anak, ibu bapa, pasangan, saudara, dll) | Sesiapa — waris, bukan waris, bukan Islam | Bukan waris (kebajikan, anak angkat, dll) | Tujuan kebajikan — masjid, sekolah, fakir miskin | Benefisiari yg dilantik (anak, OKU, kebajikan) | Pasangan yg masih hidup (suami / isteri) | Sesiapa yg memerlukan — individu, institusi, tujuan kebajikan | Penama yg dilantik (bebas faraid mengikut polisi) |
| Kawalan terma | Tetap — tidak boleh diubah | Tiada selepas qabadh — penerima jadi pemilik mutlak | Sederhana — tertakluk had ⅓ & persetujuan waris | Tinggi — pewakaf tetapkan tujuan tetapi harta jadi milik Allah | Tinggi — pewujud tetap syarat agihan, masa, jumlah | Mahkamah — berdasarkan keterangan sumbangan | Sepenuhnya kepada pemberi semasa penyerahan | Penama / borang nominasi — boleh dikemas kini |
| Persetujuan waris | Tidak — pembahagian automatik mengikut hukum | Tidak perlu jika qabadh berlaku semasa hidup | Perlu bagi wasiat kpd waris atau melebihi ⅓ | Disyorkan tetapi tidak wajib bagi wakaf semasa sihat | Tidak perlu jika sah sempurna semasa hidup | Tidak — hak undang-undang, bukan pusaka | Tidak — milik mutlak pemberi semasa hidup | Tidak — penama dipilih oleh peserta polisi |
| Elak proses pusaka | Tidak — adalah proses pusaka itu sendiri | Ya — aset bukan lagi pusaka selepas qabadh | Tidak — dilaksanakan dlm pentadbiran pusaka | Ya — harta wakaf bukan harta pusaka | Ya — bagi aset yg sah dipindah ke amanah hidup | Diasing dulu sebelum baki diagih secara faraid | Ya — harta yg disedekah bukan lagi milik pemberi | Ya bagi penamaan benefisiari mutlak |
| Dokumen utama | Sijil faraid + Geran probet / Surat kuasa tadbir | Surat hibah, borang pindah milik, qabadh | Wasiat bertulis disaksikan mengikut enakmen | Surat ikrar wakaf, disahkan MAIN | Deed of Trust / Trust Deed | Perintah Mahkamah Syariah | Resit / akuan penerimaan (kalau perlu) | Sijil takaful + Borang penamaan |
| Kos & yuran | Yuran probet + guaman + agensi (ARB, Mahkamah) | Yuran guaman, duti setem, pindah milik (one-off) | Yuran drafting + kos pentadbiran selepas mati | Biasanya percuma — diuruskan oleh MAIN | Yuran penubuhan + yuran tahunan pengurusan | Yuran guaman + fail Mahkamah Syariah | Tiada — jumlah penuh diserah kpd penerima | Caruman bulanan / tahunan + caj tabarru' |
| Sesuai untuk | Pembahagian asas mengikut hukum syarak | Pemberian khusus kepada individu semasa hidup | Pemberian kpd bukan waris / kebajikan dlm had ⅓ | Legasi jangka panjang utk manfaat ummah | Anak bawah umur, OKU, perniagaan, aset kompleks | Pasangan yg menyumbang kpd harta semasa perkahwinan | Amalan berterusan, pahala selepas mati | Perlindungan kewangan keluarga / hutang |
| Agensi / institusi | Mahkamah Syariah, ARB, JKPTG, Pejabat Tanah | Amanah Raya, bank Islam, peguam syarie | Amanah Raya, syarikat amanah Islam, peguam syarie | MAIN, JAWHAR, myWakaf, Yayasan Wakaf Malaysia | Amanah Raya, bank Islam, syarikat amanah | Mahkamah Syariah Negeri | Mana-mana — bebas pilihan pemberi | Syarikat takaful berlesen BNM |
Skrol mendatar untuk lihat semua instrumen. Klik nama instrumen di atas untuk baca penjelasan penuh.
Nota Penting
Pelan perancangan harta yang komprehensif biasanya menggabungkan beberapa instrumen — contohnya faraid (asas pembahagian), wasiat (untuk bukan waris dalam had ⅓), hibah (untuk pemberian khusus semasa hidup), amanah (untuk anak bawah umur atau aset kompleks), dan takaful (untuk perlindungan kewangan). Untuk kes spesifik, sila rujuk peguam syarie atau perancang pusaka bertauliah.